Besarkan Teks Kecilkan Teks Set Semula Teks Merah Teks Biru Teks Hijau
Bahasa Melayu  |  English
Carian
Panduan Muar

Tempat-Tempat Menarik

Deretan bangunan yang dibina sebelum Perang Dunia II masih mewarnai senibina bandar ini. Bangunan tersebut menempatkan kedai-kedai di sepanjang Jalan Abdullah yang juga dikenali sebagai pusat dagangan Muar. Bangunan warisan yang ulung antara lain adalah Bangunan Abu Bakar (disiapkan pada 1929) yang menempatkan pejabat-pejabat pentadbiran Daerah Muar dan Bangunan Kastam (disiapkan pada 1909).
 
Umur bangunan-bangunan lama tersebut mudah untuk dikenalpasti kerana tarikh ianya disiapkan (di sekitar tahun 1930an hingga 1950an) tertera di bahagian luar bangunan. Bangunan ini adalah warisan yang amat berharga yang menggambarkan kemakmuran Muar di masa lampau dan menghargai keunikannya akan membuatkan mereka-mereka yang pernah dibesarkan di Muar terkenang kembali kenangan di zaman silam.

 

Tarikan Lain

Tarikan lain di Muar ialah Taman Tanjung Emas, taman rekreasi bagi bandar ini, yang terletak di muara Sungai Muar. Tebing sungai di taman ini dihiasi dengan laluan siar kaki yang menyajikan pemandangan menarik Sungai Muar. Taman ini yang dikunjungi ramai sewaktu hujung minggu juga menempatkan padang golf 9-lubang. Terdapat perkhidmatan bot menyusuri Sungai Muar selama 45 minit hingga satu jam yang bertolak dari taman ini untuk memberikan peluang kepada pelancong menikmati pandangan bandar Muar dari sungai. 

Dataran Tanjung Emas, Muar

 

Halaman: 1  2  3  4  

Kandungan Jurnal
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Koridor Raya Multimedia