Soalan Lazim
1. APAKAH ITU CUKAI TAKSIRAN?
Cukai pintu adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan bidang kuasa sesebuah Majlis.
2. SIAPAKAH PEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN?
Jika anda mempunyai rumah, rumah kedai, hotel, stesen servis, tanah kosong atau pegangan berkadar yang lain yang terletak di dalam kawasan Majlis, anda akan dikenakan cukai taksiran. Sebaliknya, jika anda menduduki bangunan atas tanah tanpa dokumen hakmilik berasingan atau tanah yang dirizabkan untuk sesuatu maksud awam, anda juga perlu membayar cukai taksiran.
3. KENAPA PERLU MEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN?
Kutipan dari cukai pintu adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti penyelenggaraan, taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu jalan dan tempat kemudahan awam untuk kesejahteraan masyarakat.
4. BILA PERLU DIBAYAR?
Cukai Taksiran perlu dibayar 2 kali setahun iaitu :
Cukai taksiran yang dibayar selepas tarikh akhir pembayaran akan dikenakan caj 1% sebulan atau sebahagian daripadanya.
5. APAKAH YANG AKAN TERJADI JIKA TIDAK MENJELASKAN CUKAI DALAM TEMPOH TERSEBUT?
Mengikut Akta 171, anda akan dikenakan tindakan –tindakan seperti berikut :
6. BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN DIKENAKAN DENDA ATAU TINDAKAN MAHKAMAH?
Bayar segera sebelum 28hb. Februari – 31hb. Ogos pada tiap-tiap tahun.
7. APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA BIL-BIL TIDAK DITERIMA?
Datang sendiri ke Pejabat Majlis, Unit Penilaian dan Harta untuk mendapatkan bil-bil tuan-tuan/puan-puan. Jangan lupa bawa maklumat-maklumat seperti berikut :-
8. APAKAH TANGGUNGJAWAB SAYA SEBAGAI PEMBAYAR CUKAI?
Adalah penting bagi pembayar cukai membayar cukai taksiran sebelum tarikh akhir pembayaran. Pembayar Cukai Taksiran hendaklah:-
9. JIKA SAYA HANYA SEORANG PENYEWA RUMAH / BANGUNAN TERSEBUT APA HARUS SAYA LAKUKAN?
Anda boleh mengemukakan bil-bil ini kepada pemilik untuk bayaran segera. Jika pemilik gagal untuk menjelaskan cukai tersebut harta anda di dalam bangunan itu akan dirampas. Oleh itu anda boleh melindunginya dengan membayar sewanya kepada Majlis sehingga tunggakan dijelaskan. Peruntukan Seksyen 151(6). Akta 171 Kerajaan Tempatan, melindungi anda!
10. MENGAPA CUKAI TAKSIRAN SAYA BERBEZA DENGAN JIRAN SAYA?
Perbezaan nilai cukai taksiran adalah disebabkan oleh:-
11. APAKAH SAYA LAYAK MENERIMA REBAT JIKA BANGUNAN SAYA TIDAK DIDIAMI?
Anda hendaklah memberi notis kepada pihak Majlis jika bangunan anda kosong dan tidak didiami. Anda akan layak untuk diberi rebat jika segala syarat dalam Peraturan 5 dan 6 yang terkandung dalam Peraturan (Kadaran) Pihak Berkuasa Tempatan 1997 dipenuhi.
12. APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN APABILA INGIN MEMBELI SEBUAH RUMAH / TANAH KOSONG?
Semak dulu dengan Majlis untuk nama yang didaftar dan tunggakan yang masih ada bagi rumah / tanah tersebut untuk mengelakkan anda menyesal di kemudian hari, Seksyen 146, Akta 171 menegaskan bahawa semua kadar (tunggakan) adalah menjadi tanggungjawab pemilik pada masa itu untuk menjelaskannya. Anda dinasihatkan supaya menyemak dahulu pengurusan yang menguruskan urusniaga harta tersebut untuk menentukan tunggakan telah dijelaskan oleh pemilik sebelumnya.
13. JIKA SAYA TELAH TUKAR MILIK / MENJUAL / MEWARISKAN RUMAH / HARTA, APA PERLU SAYA BUAT?
Beritahu kepada Majlis dengan mengisikan Borang 1 / Borang J dan lain yang berkenaan dalam tempoh 3 bulan selepas pindahmilik dilakukan. Jika gagal Pihak Majlis boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 160(6) Akta 171.
14. JIKA ANDA TIDAK MAMPU BAGAIMANA UNTUK MENJELASKAN CUKAI?
Majlis akan menimbangkan untuk bayaran dibuat secara ansur. Untuk itu, anda dinasihatkan untuk datang sendiri ke Pejabat Majlis, Unit Penilaian dan Harta untuk membincangkan perkara itu dengan pengawai-pengawai yang berkenaan. Pihak Majlis juga bersedia untuk menyelesaikan lain-lain masalah anda mengenai Cukai Taksiran. Sebarang masalah boleh dikemukan di Pejabat Majlis.