
Definisi Logo
Bulan Sabit dan Bintang
Melambangkan identiti negeri Johor
Huruf 'Mim'
Merupakan huruf permulaan ejaan 'Muar' ini disusun secara bersilang bagi Melambangkan integrasi nasional. Ianya seolah olah anyaman bagi menggambarkan penggalakkan kreativiti dan inovasi
Struktur berbentuk bunga sedang kembang bewarna kuning
Melambangkan semangat dan aspirasi warga MPM yang ingin membentuk kecemerlangan pembangunan ekonomi dan sosial.
Moto Cekap, Amanah, Dinamik dan Makmur
Merupakan cogankata yang menepati ciri-ciri Kerajaan Tempatan yang menjalankan pentadbiran yang cekap dan efisien, memiliki sikap amanah dan ujur, mempunyai sifat dinamik dari aspek pembangunan rohani dan material di samping masyarakat yang makmur dan mewah.
Nama Majlis Perbandaran Muar
Diletakkan di atas alas bewarna hijau bagi menggambarkan aspek kebersihan dan alam sekitar yang amat dititik beratkan.
Logo Berbentuk 6 segi
Mewakili 6 objektif operasi MPM
Keterangan Warna Logo
Warna dominan yang di pilih
Adalah warna asas Negeri Johor iaitu Biru Tua dan Merah, manakala warna hijau melambangkan kesejahteraan dan persekitaran yang sihat dan bersih. Warna kuning melambangkan kecemerlangan.

Definisi Logo
Jata Majlis Perbandaran Muar menggambarkan bandar Muar sebagai pusat pentadbiran, pendidikan, perdagangan dan perindustrian serta destinasi pelancongan yang unik. Ia juga melambangkan Majlis Perbandaran Muar sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran dan pembangunan Bandar Muar yang merupakan pintu masuk utama Negeri Johor Darul Ta'zim.
Dua Ekor Harimau ::
Melambangkan keberanian dan ketegasan dalam melaksanakan Akta dan undang-undang kecil
Bulan Dan Bintang ::
Melambangkan identiti Negeri Johor dan MPM menjunjung Islam sebagai agama rasmi negara.
Huruf 'M' ::
Melambangkan MPM sentiasa mengamalkan konsep 4M iaitu "Man", "Method", " Machinery" & "Money" dalam membangunkan Muar.
Logo MPM ::
Melambangkan MPM sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawap mentadbir kawasan tadbirannya.
Kaw. Warna Biru Tua ::
Melambangkan kawalan pembangunan yang lebih komprehensif dan terancang.
Kaw. Warna Biru Muda ::
Melambangkan kawasan tadbiran Majlis perbandaran Muar.